Saturday, August 21, 2010

terima kasih!

Anda harus BERTERIMA KASIH kerana…

1. Anda mendapat pahala FREE bila kita bersabar! :)
2. Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
3. Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai. Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orang akan dapat lihat sendiri).


" Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita."

Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.

Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya. Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaan :)

No comments:

Post a Comment