Sunday, November 7, 2010

pendidikan jasmani_sem 4 2010

spot pj...

1. akses kendiri
2. pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak
3. gabung jalinan
4. kesepaduan
5. ICT
6. peralatan PJ/kemudahan
7.falsafah pendidikan jasmani
8.ujian segak
9. pengajaran mikro

ni je yang dpt... =)

penekanan2 yang di minx untuk exam kali ini...

Friday, November 5, 2010

Senyum (Smile) - Malique Feat. Najwa (w/Dual Language Subs)

 


sy sgt suke ini lagu ma...
lagu ni mmg kne ngn mood sy tika ini...
sy rase sgt sayu.. xtaw npe...
lagu ni mmg tangkap leleh.. opp.. mmg syoik la...

5 credit utk lagu ni...

so, pade semue.. sunyum2 la selalu k..
sebab senyum itu adalah pengubat segala penyakit..
n boleh mnjadikan orng di sedeliling kite senang ngn kite..
smile always !


 senyum la senyum la.. ahaai chek mek molek.. hehehe


Thursday, November 4, 2010

bosan!!!!!!!!!!!!!!!!

ish.. ak bosan la rini...
xtahu nape..
nk stdy malas... aarghhh...
nk blik uma...!~

Bila si tudung labuh, budak sekolah agama, ikot usrah, berubah perangai: Mereka manusia, bukan malaikat, bukan maksum.



Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata

Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?

Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.

“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?

Tiada siapa menarik mereka

Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.

Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?

Mereka butuh manusia yang memahami

Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.

Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama

Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.

Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan

Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.


taken-http://ms.langitilahi.com/perkongsian-dia-budak-agama-dia-pergi-usrah-dia-pakai-tudung-labuh%E2%80%A6/




Wednesday, November 3, 2010

3 faktor yang perlu di fikirkan sebelum membeli..

Memang tidak dinafikan, korang dah banyak membeli barang dalam hidup korang,
sampai ada yang dah boring dengan barang yang beli dulu. Kadang-kadang kita beli barang
kemudian akan rasa rugi, kenapa aku beli benda nie? Kali nie, aku kongsikan apa perkara penting
sebelum membeli sesuatu barang. Tak tahu laa, boleh pakai ke tak?
Tapi rasanya boleh bagi aku, tapi pada korang??????

1 Kesabaran

Sebelum membeli sesuatu barang. Buat research dulu, tentang barang yang korang nak beli.
Tengok pro and kontra. kebetulan sekarang banyak blogger yang buat review tentang sesuatu barang.
Ushar dulu, tengok dari pengalaman orang lain. 


2 Keperluan -

Tengok kepada keperluan yang kita hendak. Untuk apa kita ada barang tue. Ini beli mahal-mahal,
Tapi hanya guna untuk keperluan biasa saja tak pun sebagai barang perhiasan. Memang teramat-amat rugi.





3 Budget -

“A budget tells us what we can’t afford, but it doesn’t keep us from buying it”

Jangan terpengaruh dengan kata-kata tue. kita kena sentiasa tahu budget kita. Sebelum beli sesuatu,
fikir dulu, kena tak  dengan budget kita. Jangan jadi "Biar papa asal bergaya." Nanti menyesal.


Kesimpulannya-

Ada banyak faktor sebenarnya untuk digunakan, Tapi 3 nie, merupakan yang selalu atau kita harus utama kan. Kalau boleh, biarlah kita puas mengunakan sesuatu barang, dan berbaloi membeli dengan harga yang mahal.

p/s - Pernah terjadi kat aku, beli tudung tapi pakai sebulan saja, pas simpan,  Sebab dah boring dan trend tudung tu dah abiz..


Rossa - Hati Yang Kau Sakiti (Super HQ Audio/Video)




Lirik Lagu Rossa – Hati Yang Kau Sakiti

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

* maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, **
repeat reff

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

jom gelak! lucu...

PeMbOhONg...

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…

dan semua terdiam…
\
Kecian...

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”


 Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. 


kerje!

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”
“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”
“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.
“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.
“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.
” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.
“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.
“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.
“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.


hHhahahahahha~!

banjir di kangar _nov 2010

hai readers...  lame x update belog ni kan.. ari ni, 4 nov 2010... 
skg ni senoryta kat uma kwn kat perak..huhu.. ini semue gara-gara banjir yang berlaku kat kangar..
terpksa la senoryta melarikan diri ke sini..
yela, ip perlis pn dah jd pulau... macam pulau pangkor lak rasenyer..
sekeliling penuh ngn air bah..

ni semue di sebabkan hujan turun tanpa henti selama 3 hari berturut2.. hmm, time tu kesejukan melanda diri..
nk stdy, nk jalan, mmg terbatas.. kalu stdy lak, mmg kene bersabar giler2 ah.. seolah2 katil memanggil2 nama.. hahaha... almaklum, tyme2 hujan memang best kalu dapat meringkuk atas tilam yang x berapa nak empuk.. huuhuh...

ha, back to da topic.. pergh.. banjir kali ni mmg agak terok.. lagi terok ble air2 kat empangan dikeluarkan..
makin2 la naik air2 tu.. uhuuhu... teringat lak tyme banjir kat johor dulu.. kirenye, ni la kali ke2 senoryta menghadapi banjir sebegini..


sebelum senoryta membebel lg lame, jom tgk picture2 banjir yang senoryta amek kat fb mbr2 yang stay kat ip perlis..


 ha... gamba ni kat depan ip ak / mktab ak.. huhu.. makin tinggi air.. 


yang ni lak kat depan hospital kangar... mcm kat tepi pantai lak kan? siap ade ombak gitu..
abg ni lak baru balik dr mengayuh basikalnye.. air lak naik tanpa di duga.. sekelip mata jer..


ni kawasan sekitar kangar... nampak x budak2 tu... tu drg ngn main atas jalan raya besar tu... jalan raya pn dah x nampak.. seronok betol drng dapat men air.. 
* Ati2 adik oi...*





now, kawasan hostel putera..  ish, bahaye2...





tgk pakcik ni.. sempat lagi menjala kat sini.. sebenarnya, mmg banyak ikan tyme2 banjir nie..
drng pn nk selamatkan diri.. hehe


ha, ni kawan ak, muiz.. besar kot ikan ni.. ni kat kawasan tasik kat belakang maktab ak.. act, mmg susah nk tngkap ikan2 kat tasik ni.. tp sebab banjir ni. senang jer depa tangkap... siap wat gulai gitu.. huuuhu


kesian owner kete ni.. hmmm.. sabar yer.. ni sume dugaan...
"tolak bang.. tolak..."


ni kawasan belakang maktab... dah macam pantai kan...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarUiTMAraudijangkaberdepankrisisbekalanmakanan/Article  dan   http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/11/2/mstar_berita/20101102184719&sec=mstar_berita

ha... readers semue leh la tengok berita kat sini.. walaupun x banyak perkaitan.. tapi leh la jd kan pengetahuan.. hopefly..  banjir ni cepat2 la surut erk.. Ak nak balik maktab ler,, 9 hb ni ade paper... ish..kecian pade mereka2 yang nk raye deepavali n raye aji ni..

kepada kawan2 senoryta yang rmhnya menjadi mangsa banjir, senoryta rase simpati.. t kalu nk minx tolong bersihkan rmh, bagitaw la yerk..

 terima kasih kepada semua pihak yang membantu mangsa2 banjir ni... JPAM, BOMBA,  POLIS.. dan lain2..



Tuesday, October 12, 2010

guess or vinnci?

guys nak taw.. ni la antara 2 kasot yang senoryta minat n nak sngt miliki..
senoryta de la beberapa koleksi kasot2 ni.. tapi x bnyk pn...
mesty korng x penah nampk senoryta gune kan..haha... 
senoryta simpan ia kat rumah... syng nyer nk gne.. hahha...
lagi pun kebanyakkan kasut vincci n guess ni 3-  inci.. tinggi tuu...
kalu sesiapa yang x biase pakai high heel ni, pasti boleh terpeleot (terjatuh).. hahaha...

kat sini senoryta nk share cikit pict2 kasut2 ni:  


ni la salah satu kasut vincci... macam kasut cristal cinderella kan?? hehhe...



yang pn kasut vincci... senoryta ske sngt kasut ni.. coz ie nmpm cute n funky... (wink*3)



 yang ni pun dr vincci... 4 inci





 GUESS

 ha... yang warne putih ni kasut Guess..ia nampak simple... tp,, pergh.. elegen...
 yang ni pun Guess... warne pink2 lembut..



ha.. ini lak wedges Guess...

ha.. semue orng leh miliki kasot ni.. if berminat blh la g mane2 shop yang ade kasot ni.. huhu
kebanyakan kasut2 ni dalam lingkungan rm 150-50 jer..
kalu nk lebih murah, pergi tyme sale...
memang rambang mata kalu tengah sales.. hahaha
yang penting... walaupn high heel, tetapi keseimbangan nyer masih lg di utamakan
n tahan lama...


Saturday, August 21, 2010

terima kasih!

Anda harus BERTERIMA KASIH kerana…

1. Anda mendapat pahala FREE bila kita bersabar! :)
2. Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
3. Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai. Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orang akan dapat lihat sendiri).


" Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita."

Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.

Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya. Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaan :)

sbe n cuti!~ best!

mgu depan senoryta dah balik...
senoryta cuti 3 mggu...
waaaa... seronok sngt!
tp b4 cuti raye tu..
senoryta kne g sekolah..
tap kali ni senoryta wat sbe @ pbs kat sek kundang ulu lak..
b4 nie, wat kat sek sri indra, perlis, sekolah penchu, n sek gersik..
taw x pbs tu ape??
pengalaman berasaskan sekolah... b4 senoryta strt pratikal sem dpn..
senoryta wat pbs dulu,,
pbs ni untuk merasai n menjiwai sebagai seorng guru...
senorytakan becoming teacher... (insyaAllah)..
x sngke lak saye ni becoming teacher!. hehehe...
kali ni asgmnt pbs kne wat reseacrh pengajaran guru dalam sbjek bahase melayu...

dulukan.. b4 masuk belaja kat cini..
senoryta pk nk ngjo bm ni senang...
rupe2 nyer.. payah jugak...
nk kene hafal rumus tatabahasa, teori bahasa,..
macam2 la...
kalo salah rumus, jadi ayah pin la kami... hahahaha

n yang penting... lg 2 thn senoryta belaja...
waa... dah 3 thn setgh masa berlalu...
cepat kan??
ok la...
senoryta nk out...
daaaa.....

kesah kami lagi!



ha... ni lak clasmate ak tyme form 5...
gurl de 8... lelaki(kire sendiri la)
tyme ni senoryta xde..
bertugas demi bangse n negara,..
drng pn x tgu senoryta abiz bertugas..
sedey3...

tyme ni mama kami name zuleika...
macam memori senoryta tyme ni..
dak2 lelaki kelas ni nakal... hahahah
~jgn mare~
ANTARA KENANGAN
air mineral senoryta selalu abiz( taw2 dah abiz),
ade ular mainan dalam beg, cicik mainan dalam meja...
tp paling sakit aty tyme tu...
drng letak minyak cap kapak atas kusi...
arghhh... skit aty!
watever, dis is my best memory,,,!! heheh...
n paling best.. my dormate = my clasmate! my Fathul Zahara(baju ijau)
also.. my bestfren since form 1 until now...~ my Julia (no 3 dari kiri)
n semue ade lah kawan2 ak yang paling best!




kawan2 sayer (sek men teknik jasin)

2005-2006 ni la tahun senoryta belajar kat technic just-in...
banyak kngn2 terindah senoryta kat cini...
windoo gle...
antaranye kngan tyme kelas 4 pkm 4... kelas 5pkm 3...
tyme ngn geng2 badan pengawas,, n paling x lupe kenangan kat dalam dorm(hostel) n jugak kenangn bersama2 senior2 n junior.. =)



ni la pict. geng2 gurl kelas senoryta tyme form 4...
6 orng je gurl.. 20 lebey boyz( lupe bape orng)..
dari kiri...
ieji (senoryta), suzie, ieja, iena, fatima, diela, n julia...

jejaka-jejaki depan tu.. amir, taufiq, n afzal...





ni la mama kami tyme form 4... teacher sherina...
teacher ni best.. die sporting.. friendly.. n lain2 la..
miss u teacher!




ni lak golongan2 yang ske lepak2 kat tangge,, hahah.. almklum kelas dekat2 ngn tangge kan...

ni lak antara kegilaan dak2 laki...



bnyk lg gmba2 kenangn yng senoryta ade...
lately, makin mendalam kerinduaan senoryta pade mereka..
yang senoryta taw, ade yang still belaja lg, yang dah keje, yang dah de tunang.. n de gak yang dah kawen.. uhuhu,,
tu semue perjalanan hidup masing2 kan??
hopefly... kowng semue sehat, n ingt kngn kite,..
t senang2 kite wat reunion lg erk...
luv u miss u all....



SMTJ ALWAYS IN MY MIND!

Saturday, July 24, 2010

sad n comedy story..


Kisah ini berlaku kat Ampang...
Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini
ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.
Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan
anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia
akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.
Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima
lelaki ini dengan seadanya.
Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan
cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan
keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari
sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.
Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju
pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak
mengendahkannya.
Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan
percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah
perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.
Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada
kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun,
darah tetap ada...
Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak,
malang akan menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan
tetapi, darah itu tetap adaa...
Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bla pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut
dan perempuan itu pun pengsan..
Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan benda yang berwarna biru...
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"
Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang
besar, beli kat kedai.....

hehehehhhhehehehhhihihihhiiiiiiiiiie......(mengilai dengan penuh kegembiraaan)

syngi orng jgn kerna rupa paras. tp syngi orng dngn menilai hati dan budinya...




1. Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu

2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..

3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?

4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..

5. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..

6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..

wanita solehah...


Isteri cerdik yg solehah,
Penyejuk mata, penawar hati, menajam fikiran,
Di rumah dia isteri , di jalanan kawan,
Diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan.

Bagai mawar merah yang mengindahkan pemandangan,
Berduri tajam jika gopoh menyentuhnya,
Bisa menarik kumbang yang lalu didepannya,
Bakal layu bila tidak menjaganya..

Wanita,
Bukan mudah untuk menjadi yang solehah,
Ikhlaskan hatimu kepada Penciptamu,
Bukan hanya luaran yang menjadi penilaian,
Dalaman yang indah itulah dambaan,

Wanita,
Sebaik baikmu adalah yang menjaga maruahmu,
Bukan mudah untuk melakukannya,
Jika imanmu tipis,
Kadang kala nafsumu menguasai dirimu,
Bakal mengundang fitnah dan dosa...

Maka,
ikhlaskan hatimu hanya untuk Dia,
InsyaAllah, penemanmu diperjalanan bakal menemanimu
Bukan hanya di dunia,
Diakhirat juga tempat abadi...

Nukilan: Puteri Mahsuri
Lirik Lagu Rossa – Hati Yang Kau Sakiti

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

* maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, **
repeat reff

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti